Unsur
Seni
Unsur seni terdiri daripada garisan, rupa bentuk, jalinan, ruang dan warna. Tidak dinafikan keenam-enam unsur ini amat penting dalam penghasilan karya sesebuah seni mahupun dari segi seni sentuhan ataupun seni tampak. Dalam sesebuah karya seni sekurang-kurangnya terdapat satu unsur seni.
Unsur seni terdiri daripada garisan, rupa bentuk, jalinan, ruang dan warna. Tidak dinafikan keenam-enam unsur ini amat penting dalam penghasilan karya sesebuah seni mahupun dari segi seni sentuhan ataupun seni tampak. Dalam sesebuah karya seni sekurang-kurangnya terdapat satu unsur seni.
Garisan
- Garisan ialah satu siri titik-titik yang bersambung-sambung yang mempunyai jarak tertentu bagi mewujudkan garisan menggunakan suatu alat atau media yang tertentu.
- Garisan boleh diolah untuk mencipta rupa jalinan, ton, corak dan untuk menimbulkan bentuk, ruang dan pergerakan
- Garisan juga memainkan peranan yang penting dalam menunjukkan seseorang perasaan dalam sesebuah karya
- Garisan terdapat pada benda alam semulajadi dan benda buatan manusia.
Contoh
Garisan Pada Benda Buatan Manusia
- Garisan pada tali, bakul anyaman, kain tenunan, bangunan, tayar kereta, corak fabrik, jala, penapis dan sebagainya.
Garisan
pada anyaman tikar
Contoh
Garisan Pada Alam Semulajadi
- Garisan pada batu, haiwan dan tumbuhan seperti akar tumbuhan, tali, urat-urat daun, ombak di lautan, titis-titis hujan, kulit haiwan dan tumbuhan, batu marmar, kulit kayu dan sebagainya
Garisan
pada titisan hujan
Garisan
pada urat daun
Jenis-jenis
Garisan
1.
Garisan halus
2.
Garisan
tebal
3.
Garisan
beralun
4.
Garisan
berpancar
5.
Garisan
berlingkar
6.
Garisan
berserabut
7.
Garisan
bersudut-sudut
8.
Garisan
bergerigi
9.
Garisan
berbiji
10.
Garisan
berbulu
11.
Garisan
putus-putus
12.
Garisan
berduri
Jenis-jenis garisan
Fungsi
Garisan
2. Garisan menimbulkan bentuk.
3. Garisan menimbulkan ilusi cahaya dan bayang.
4. Garisan mewujudkan ruang.
5. Garisan menghasilkan jalinan.
6. Garisan menghasilkan motif pada reka corak.
7. Garisan mewujudkan ton.
8. Garisan menghasilkan pelbagai asas corak garisan grid.
Garisan,
Ton dan Ruang
· Garisan
yang halus menimbulkan ton yang cerah manakala garisan yang tebal akan
menimbulkan ton yang gelap.
· Garisan
yang jarang-jarang menimbulkan ton yang cerah manakala garisan yang rapat-rapat
menimbulkan ton yang gelap.
Aplikasi
Garisan Dalam Karya Seni
- Lukisan
- Catan
- Anyaman
- Tenunan
- Kolaj
- Pualaman
- Arca
- Gurisan
- Cetakan
- Resis (batik / ikat celup)
Contoh-contoh Aplikasi Garisan Dalam Hasil Karya
Teknik
Catan oleh Yusuf Ghani, Siri Topeng
karya
tenunan juga mencipta garisan
Rupa
- Rupa ialah hasil daripada pertemuan hujung garisan dengan permulaannya.
- Rupa boleh dihasilkan daripada garisan, warna dan jalinan.
- Pertemuan antara permulaan dan penghujung sesuatu garisan menghasilkan rupa
- Terdiri daripada dua jenis iaitu rupa geometri dan rupa organik
1. Rupa Geometri
· Rupa Geometri ialah rupa
yang mempunyai sudut seperti bulatan, tiga segi, empat segi dan lain-lain
rupa yang bersudut.
· Dicipta dengan menggunakan
alatan khas seperti pembaris, set geometri dengan ukuran-ukuran tertentu
2. Rupa Organik
· Rupa organik merujuk kepada
rupa bebas yang tidak dapat diukur sudutnya seperti rupa daun, rupa orang,
rupa ikan dan sebagainya.
· Dihasilkan secara spontan
3. Rupa Positif dan Rupa Negatif
- Rupa positif ialah rupa sesuatu objek yang terletak di dalam satu kawasan tertentu.
- Rupa negatif ialah ruang di sekeliling rupa objek tersebut.
Rupa dan Lambang / logo
-
Rupa boleh diolah menjadi lambang atau simbol kepada sesebuah syarikat, persatuan dan pertubuhan.
- Rupa juga boleh menjadi jenama kepada sesuatu barangan.
Rupa dan Muka Taip
- Muka taip ialah jenis-jenis rupa berbentuk huruf.
- Rupa muka taip boleh menghasilkan pelbagai gaya.
- Rupa muka taip boleh terdiri daripada muka taip serif ( berekor ) dan san serif( tidak berekor ).
Bentuk
- Bentuk mempunyai struktur jisim dan isi padu. Ia mempunyai lebih daripada satu permukaan dan bersifat tiga dimensi (3D)
- Bentuk merupakan satu unsur yang amat penting dalam penghasilan karya seni yang bersifat realistik.
- Penggunaan unsur-unsur seni yang lain dapat digunakan bagi menghasilkan bentuk seperti garisan, jalinan, rupa, ruang dan warna.
- Garis luar sesuatu objek yang akan berubah mengikut arah pandangan mata.
Ciri-ciri bentuk
- . Bersifat tiga dimensi (3D) iaitu mengandungi ketinggian, lebar dan kedalaman
- Berstruktur iaitu mempunyai rangka yang membolehkan membentuk form atau isipadu dengan tepat dan sempurna
- Boleh dilihat dari semua arah iaitu mempunyai lebih dari satu permukaan
- Terdapat bayangan iaitu mempunyai kesan cahaya dan bayang
Jenis-jenis Bentuk
A. Bentuk Konkrit
- Bentuk sebenar yang bersifat 3 dimensi dan dapat dirasa, disentuh dan dilihat daripada pelbagai sudut.
- Mempunyai ciri-ciri nyata dan maujud (benar-benar wujud di hadapan mata)
- Contoh benda berbentuk konkrit ialah seperti batu, kayu, meja, kereta dan sebagainya.
B. Bentuk Ilusi
- Bentuk ilusi ialah bentuk yang dihasilkan melalui kemahiran penggunaan unsur-unsur seni seperti warna, garisan dan lain-lain
- Bentuk objek yang dilihat dan dihasilkan melalui lukisan, catan, fotografi, cetakan atau pada permukaan rata (bersifat dua dimensi)
- Bentuknya tidak dapat disentuh tetapi hanya dapat dinikmati melalui deria penglihatan.
- Bagi menghasilkan karya 2 dimensi yang dapat mencipta bentuk, penggunaan kesan cahaya dan bayang merupakan faktor terpenting.
Jalinan
- Jalinan merupakan kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu benda seperti kesan pada permukaan kulit durian, kulit rambutan, tapak kasut, kulit kayu, bulu kucing, belang pada dan harimau.
- Jalinan pada benda buatan manusia dan benda ciptaan Tuhan memberi kesan tampak yang berbeza.
Jenis-jenis Jalinan
1. Jalinan Sentuh
a. Merupakan kesan permukaan yang dapat dilihat dan dirasa melalui sentuhan seperti, permukaan batu, kulit kayu, kulit kerang
b. Jalinan sentuh dapat dipindahkan ke permukaan 2 dimensi melalui beberapa teknik seperti capan, cetakan, gosokan dan sebagainya
Jalinan sentuh pada kulit kerang
Jalinan sentuh pada tayar kereta
2. Jalinan Tampak
a. Merupakan kesan jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasa melalui sentuhan seperti, sayap rama-rama, kulit tembikai, kertas pembalut hadiah, kertas dinding, corak tekstil dan sebagainya.
a. Merupakan kesan jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasa melalui sentuhan seperti, sayap rama-rama, kulit tembikai, kertas pembalut hadiah, kertas dinding, corak tekstil dan sebagainya.
Fungsi Jalinan
Sebagai Penyamaran seperti sesumpah, serangga, harimau dan kuda
belang
Jalinan pada kuda belang
Jalinan pada sesumpah
Teknik Penghasilan Karya Berjalinan Tampak
Gosokan
Teknik gosokan menggunakan bahan berjalinan sentuh sebagai subjek di mana permukaan kertas hendaklah diletakkan di atas benda berjalinan seperti duit syiling, batu-batu jalan, kulit kayu. Seterusnya hendaklah menggunakan pensel atau pensel warna untuk digosokkan atas permukaan kertas tersebut bagi mendapat kesan jalinan
Capan
Kaedah ini banyak digunakan sebagai aktiviti di sekolah rendah, menggunakan bahan-bahan berjalinan sentuh seperti daun, sayur-sayuran, ubi kentang, kacang bendi, lalu di sapu warna dan dicap pada permukaan kertas.
Ikat dan celup
Menggunakan kaedah pengasingan warna dengan menggunakan cara mengikat bahagian-bahagian kain yang tidak ingin diwarnakan. Selesai mengikat dengan getah atau tali rafia, kain hendaklah dicelup ke dalam pewarna atau dye mengikut warna yang dikehendaki
Pualaman
Lukisan dan catan
Menggunakan pen, pensel warna, pensel atau cat dapat menghasilkan kesan ilusi jalinan
Kaedah Penghasilan Karya Berjalinan Sentuh
Anyaman - Penghasilan anyaman rotan,
anyaman buluh, anyaman tikar dan sebagainya
Sulaman - Semua jenis sulaman
temasuk sulaman silang pangkah, tekat, quilting dan sebagainya mencipta kesan
jalinan sentuh
- Tuhan telah menjadikan alam ini penuh dengan warna warni yang boleh dinikmati oleh manusia;
- Manusia boleh membina imej dirinya dengan penampilan warna yang tepat dan sebuai mengikit situasi tertentu
- Roda warna adalah gambaran visual warna ditetapkan mengikut hubungan warna antara watu sama lain.
- Bermula dengan posisi roda warna, warna asas mempunyai jarak yang sama daripada satu sama lain, kemudian tercipta warna sekunder dan tertier.
- Istilah-istilah ini merujuk kepada kumpulan atau jenis warna
roda warna
Jenis-Jenis Warna
Warna Asas
Warna Asas
warna asas - merah, biru
dan kuning
- Warna asas atau warna primer merupakan warna dasar sesebuah warna
- Warna-warna yang tidak boleh dibuat daripada campuran warna lain tetapi boleh menghasilkan warna kedua dan ketiga
- Mempunyai kuasa yang hebat
- Digunakan dalam penghasilan seni seperti poster, bendera, logo, lencana dan sebagainya
Warna Sekunder
warna sekunder -
jingga, ungu dan hijau
- Juga dipanggil warna kedua
- Warna sekunder dicipta daripada campuran dua warna asas.
- Warna sekunder = warna asas + warna asas
- Warna sekunder ialah jingga, ungu dan hijau
b. ungu = merah + biru
c. hijau = kuning + biru
Warna tertier
Warna-warna tertier
- Dicipta daripada campuran warna asas dan warna sekunder di sebelahnya dalam roda warna
- Warna tertier = warna asas + warna sekunder
- Warna tertier terdiri daripada
b. biru hijau = biru + hijau
c. kuning jingga = kuning + jingga
d. kuning hijau = kuning + hijau
e. merah jingga = merah + jingga
f. merah ungu = merah + ungu
Ruang
1. Ruang adalah kawasan
kosong di sekeliling sesuatu objek, jarak di antara dua objek dan di dalam
sesuatu objek.
kawasan kosong di
sekeliling objek
kawasan di dalam sesuatu
objek
2. Ruang wujud di alam nyata dan dalam sesebuah karya seni.
3. Objek yang sama saiz akan kelihatan lebih besar jika berada di hadapan dan akan kelihatan semakin kecil apabila berada di belakang/jauh.
mug merah lebih besar
berbanding mug putih yang berada di belakang
bahagian bawah mug ini
pula kelihatan lebih kecil berbanding bahagian atas kerana jaraknya yang lebih
jauh
4. Warna objek yang di hadapan akan kelihatan lebih jelas, manakala warna objek di belakang pula akan kelihatan semakin kabur.
Warna objek juga menjadi
semakin kabur jika semakin jauh ke belakang
Jenis-jenis ruang
1. Ruang terbahagi kepada dua jenis
- Ruang fizikal
- Ruang ilusi
a. Ruang fizikal atau
ruang nyata
i. Ruang terbuka ialah ruang bagi kawasan lapang seperti
padang, taman bunga, pantai dan lain-lain.
Pantai merupakan salah satu ruang terbuka
ii. Ruang tertutup ialah ruang bagi kawasan yang sempit
seperti di dalam bilik atau di dalam sesebuah bangunan.
Di dalam bilik
b. Ruang ilusi atau maya wujud dalam karya seni seperti lukisan, catan, cetakan, seni fotografi dan sebagainya
i. Ruang dalam iaitu ruang yang memperlihatkan kesan perspektif hasil daripada penggunaan elemen asas seni reka seperti dalam catan landskap.
iii. Ruang rata iaitu karya seni visual yang memperlihatkan olahan pada satah atau permukaan yang sama