Animasi

Night Diamond Bloody Red - Alternate Select

Tuesday 27 August 2019


Unsur Seni

Unsur seni terdiri daripada garisan, rupa bentuk, jalinan, ruang dan warna. Tidak dinafikan keenam-enam unsur ini amat penting dalam penghasilan karya sesebuah seni mahupun dari segi seni sentuhan ataupun seni tampak. Dalam sesebuah karya seni sekurang-kurangnya terdapat satu unsur seni.

Garisan
  •  Garisan ialah satu siri titik-titik yang bersambung-sambung yang mempunyai jarak tertentu bagi mewujudkan garisan menggunakan suatu alat atau media yang tertentu.
  • Garisan boleh diolah untuk mencipta rupa jalinan, ton, corak dan untuk menimbulkan bentuk, ruang dan pergerakan
  • Garisan juga memainkan peranan yang penting dalam menunjukkan seseorang perasaan dalam sesebuah karya 
  • Garisan terdapat pada benda alam semulajadi dan benda buatan manusia.
Contoh Garisan Pada Benda Buatan Manusia
  • Garisan pada tali, bakul anyaman, kain tenunan, bangunan, tayar kereta, corak fabrik, jala, penapis   dan sebagainya.


Garisan pada anyaman tikar

Contoh Garisan Pada Alam Semulajadi
  • Garisan pada batu, haiwan dan tumbuhan seperti akar tumbuhan, tali, urat-urat daun, ombak di lautan, titis-titis hujan, kulit haiwan dan tumbuhan, batu marmar, kulit kayu dan sebagainya

Garisan pada titisan hujan 
Garisan pada urat daun

Jenis-jenis Garisan

1.      Garisan halus
2.      Garisan tebal
3.      Garisan beralun
4.      Garisan berpancar
5.      Garisan berlingkar
6.      Garisan berserabut
7.      Garisan bersudut-sudut
8.      Garisan bergerigi
9.      Garisan berbiji
10.  Garisan berbulu
11.  Garisan putus-putus
12.  Garisan berduri
Jenis-jenis garisan


Fungsi Garisan

1. Garisan menimbulkan rupa.
2. Garisan menimbulkan bentuk.
3. Garisan menimbulkan ilusi cahaya dan bayang.
4. Garisan mewujudkan ruang.
5. Garisan menghasilkan jalinan.
6. Garisan menghasilkan motif pada reka corak.
7. Garisan mewujudkan ton.
8. Garisan menghasilkan pelbagai asas corak garisan grid.

Garisan, Ton dan Ruang
·        Garisan yang halus menimbulkan ton yang cerah manakala garisan yang tebal akan menimbulkan ton yang gelap.
·       Garisan yang jarang-jarang menimbulkan ton yang cerah manakala garisan yang rapat-rapat menimbulkan ton yang gelap.

Aplikasi Garisan Dalam Karya Seni
  1. Lukisan
  2. Catan
  3. Anyaman
  4. Tenunan
  5. Kolaj
  6. Pualaman
  7. Arca
  8. Gurisan
  9. Cetakan
  10. Resis (batik / ikat celup)

Contoh-contoh Aplikasi Garisan Dalam Hasil Karya


Teknik Catan oleh Yusuf Ghani, Siri Topeng

karya tenunan juga mencipta garisan

Rupa

  • Rupa ialah hasil daripada pertemuan hujung garisan dengan permulaannya.
  • Rupa boleh dihasilkan daripada garisan, warna dan jalinan.
  • Pertemuan antara permulaan dan penghujung sesuatu garisan menghasilkan rupa
  • Terdiri daripada dua jenis iaitu rupa geometri dan rupa organik


1. Rupa Geometri

·       Rupa Geometri ialah rupa yang mempunyai sudut seperti bulatan, tiga segi, empat segi dan lain-lain rupa yang bersudut.
·       Dicipta dengan menggunakan alatan khas seperti pembaris, set geometri dengan ukuran-ukuran tertentu

2. Rupa Organik

·       Rupa organik merujuk kepada rupa bebas yang tidak dapat diukur sudutnya seperti rupa daun, rupa orang, rupa ikan dan sebagainya.
·       Dihasilkan secara spontan

3. Rupa Positif dan Rupa Negatif

  •          Rupa positif ialah rupa sesuatu objek yang terletak di dalam satu kawasan tertentu.
  •       Rupa negatif ialah ruang di sekeliling rupa objek tersebut.

Rupa dan Lambang / logo
  •        Rupa boleh diolah menjadi lambang atau simbol kepada sesebuah syarikat, persatuan dan pertubuhan.
  •       Rupa juga boleh menjadi jenama kepada sesuatu barangan.
 Rupa dan Muka Taip
  • Muka taip ialah jenis-jenis rupa berbentuk huruf.
  • Rupa muka taip boleh menghasilkan pelbagai gaya.
  • Rupa muka taip boleh terdiri daripada muka taip serif ( berekor ) dan san serif( tidak berekor ).
Bentuk
  •           Bentuk mempunyai struktur jisim dan isi padu. Ia mempunyai lebih daripada satu permukaan dan bersifat tiga dimensi (3D)
  •       Bentuk merupakan satu unsur yang amat penting dalam penghasilan karya seni yang bersifat realistik.
  •       Penggunaan unsur-unsur seni yang lain dapat digunakan bagi menghasilkan bentuk seperti garisan, jalinan, rupa, ruang dan warna.
  •       Garis luar sesuatu objek yang akan berubah mengikut arah pandangan mata. 

Ciri-ciri bentuk
  1.      . Bersifat tiga dimensi (3D) iaitu mengandungi ketinggian, lebar dan kedalaman
  2.        Berstruktur iaitu mempunyai rangka yang membolehkan membentuk form atau isipadu dengan tepat dan sempurna
  3.        Boleh dilihat dari semua arah iaitu mempunyai lebih dari satu permukaan
  4.        Terdapat bayangan iaitu mempunyai kesan cahaya dan bayang
Jenis-jenis Bentuk

A. Bentuk Konkrit
  •       Bentuk sebenar yang bersifat 3 dimensi dan dapat dirasa, disentuh dan dilihat daripada pelbagai sudut.
  •       Mempunyai ciri-ciri nyata dan maujud (benar-benar wujud di hadapan mata)
  •       Contoh benda berbentuk konkrit ialah seperti batu, kayu, meja, kereta dan sebagainya.


B. Bentuk Ilusi
  •       Bentuk ilusi ialah bentuk yang dihasilkan melalui kemahiran penggunaan unsur-unsur seni seperti warna, garisan dan lain-lain
  •       Bentuk objek yang dilihat dan dihasilkan melalui lukisan, catan, fotografi, cetakan atau pada permukaan rata (bersifat dua dimensi)
  •       Bentuknya tidak dapat disentuh tetapi hanya dapat dinikmati melalui deria penglihatan.
  •       Bagi menghasilkan karya 2 dimensi yang dapat mencipta bentuk, penggunaan kesan cahaya dan bayang merupakan faktor terpenting.

Jalinan
  •       Jalinan merupakan kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu benda seperti kesan pada permukaan kulit durian, kulit rambutan, tapak kasut, kulit kayu, bulu kucing, belang pada dan harimau.
  •       Jalinan pada benda buatan manusia dan benda ciptaan Tuhan memberi kesan tampak yang berbeza. 
Jenis-jenis Jalinan

1. Jalinan Sentuh

a. Merupakan kesan permukaan yang dapat dilihat dan dirasa melalui sentuhan seperti, permukaan batu, kulit kayu, kulit kerang

b. Jalinan sentuh dapat dipindahkan ke permukaan 2 dimensi melalui beberapa teknik seperti capan, cetakan, gosokan dan sebagainya
Jalinan sentuh pada kulit kerang

Jalinan sentuh pada tayar kereta

2. Jalinan Tampak

a.   Merupakan kesan jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasa melalui sentuhan seperti, sayap rama-rama, kulit tembikai, kertas pembalut hadiah, kertas dinding, corak tekstil        dan sebagainya.


Fungsi Jalinan

          Sebagai Penyamaran seperti sesumpah, serangga, harimau dan kuda belang

                                                                                              


    Jalinan pada kuda belang




Jalinan pada sesumpah

Menahan Geseran iaitu pada tayar kereta, tapak kasut

Jalinan pada tapak kasut

Sebagai hiasan iaitu corak pakaian, corak kertas dinding


Jalinan pada kertas dinding

Pengaliran air dan udara pada jala ikan


Teknik Penghasilan Karya Berjalinan Tampak

Gosokan 


       Teknik gosokan menggunakan bahan berjalinan sentuh sebagai subjek di mana permukaan kertas hendaklah diletakkan di atas benda berjalinan seperti duit syiling, batu-batu jalan, kulit kayu. Seterusnya hendaklah menggunakan pensel atau pensel warna untuk digosokkan atas permukaan kertas tersebut bagi mendapat kesan jalinan


Capan
       Kaedah ini banyak digunakan sebagai aktiviti di sekolah rendah, menggunakan bahan-bahan berjalinan sentuh seperti daun, sayur-sayuran, ubi kentang, kacang bendi, lalu di sapu warna dan dicap pada permukaan kertas.

Ikat dan celup
       Menggunakan kaedah pengasingan warna dengan menggunakan cara mengikat bahagian-bahagian kain yang tidak ingin diwarnakan. Selesai mengikat dengan getah atau tali rafia, kain hendaklah dicelup ke dalam pewarna atau dye mengikut warna yang dikehendaki

Pualaman
       Menggunakan kaedah pengasingan warna minyak dengan air. Air diletakkan ke dalam tray lalu di dititiskan dengan cat minyak. Seterusnya kertas diletakkan pada permukaan air yang mengandungi cat tersebut.

Batik
Kaedah batik termasuklah batik blok, batik canting dan sebagainya


Lukisan dan catan

      Menggunakan pen, pensel warna, pensel atau cat dapat menghasilkan kesan ilusi jalinan


Kaedah Penghasilan Karya  Berjalinan Sentuh
Anyaman - Penghasilan anyaman rotan, anyaman buluh, anyaman tikar dan sebagainya

Tenunan - Jalinan menggunakan benang atau tali dapat mewujudkan kesan jalinan sentuh

Sulaman - Semua jenis sulaman temasuk sulaman silang pangkah, tekat, quilting dan sebagainya mencipta                    kesan jalinan sentuh

Kolaj - Merupakan kaedah potong dan tampal, selain dari potong, kolaj juga boleh dibuat daripada bahan-             bahan seperti daun, kacang, pasir, kulit siput dan lain-lain

Warna

  • Tuhan telah menjadikan alam ini penuh dengan warna warni yang boleh dinikmati oleh manusia;
  • Manusia boleh membina imej dirinya dengan penampilan warna yang tepat dan sebuai mengikit situasi tertentu
  • Roda warna adalah gambaran visual warna ditetapkan mengikut hubungan warna antara watu sama lain. 
  • Bermula dengan posisi roda warna, warna asas mempunyai jarak yang sama daripada satu sama lain, kemudian tercipta warna sekunder dan tertier. 
  • Istilah-istilah ini merujuk kepada kumpulan atau jenis warna




roda warna

Jenis-Jenis Warna

Warna Asas


warna asas - merah, biru dan kuning

  • Warna asas atau warna primer merupakan warna dasar sesebuah warna
  • Warna-warna yang tidak boleh dibuat daripada campuran warna lain tetapi boleh menghasilkan warna kedua dan ketiga
  • Mempunyai kuasa yang hebat
  • Digunakan dalam penghasilan seni seperti poster, bendera, logo, lencana dan sebagainya

Warna Sekunder 


warna sekunder - jingga, ungu dan hijau

  • Juga dipanggil warna kedua
  • Warna sekunder dicipta daripada campuran dua warna asas.
  • Warna sekunder = warna asas + warna asas
  • Warna sekunder ialah jingga, ungu dan hijau
     a. Jingga = merah + kuning
     b. ungu = merah + biru
     c. hijau = kuning + biru

Warna tertier

Warna-warna tertier


  • Dicipta daripada campuran warna asas dan warna sekunder di sebelahnya dalam roda warna
  • Warna tertier = warna asas + warna sekunder
  • Warna tertier terdiri daripada 
     a. biru ungu = biru + ungu
     b. biru hijau = biru + hijau
     c. kuning jingga = kuning + jingga
     d. kuning hijau = kuning + hijau
     e. merah jingga = merah + jingga
     f. merah ungu = merah + ungu
Ruang

1. Ruang adalah kawasan kosong di sekeliling sesuatu objek, jarak di antara dua objek dan di      dalam sesuatu objek.
kawasan kosong di sekeliling objek


jarak antara dua objek

kawasan di dalam sesuatu objek

2. Ruang wujud di alam nyata dan dalam sesebuah karya seni.

3. Objek yang sama saiz akan kelihatan lebih besar jika berada di hadapan dan akan kelihatan semakin kecil apabila berada di belakang/jauh.

mug merah lebih besar berbanding mug putih yang berada di belakang

bahagian bawah mug ini pula kelihatan lebih kecil berbanding bahagian atas kerana jaraknya yang lebih jauh

4. Warna objek yang di hadapan akan kelihatan lebih jelas, manakala warna objek di belakang pula akan kelihatan semakin kabur.

Warna objek juga menjadi semakin kabur jika  semakin jauh ke belakang

5. Semua unsur seni iaitu garisan, jalinan, rupa, bentuk dan warna memainkan peranan dalam mewujudkan ilusi ruang dalam sesebuah karya seni visual.

Jenis-jenis ruang

1. Ruang terbahagi kepada dua jenis 
  • Ruang fizikal
  • Ruang ilusi


a. Ruang fizikal atau ruang nyata

i. Ruang terbuka ialah ruang bagi kawasan lapang seperti padang, taman bunga, pantai dan lain-lain.
Pantai merupakan salah satu ruang terbuka


ii. Ruang tertutup ialah ruang bagi kawasan yang sempit seperti di dalam bilik atau di dalam sesebuah bangunan.
Di dalam bilik

b. Ruang ilusi atau maya wujud dalam karya seni seperti lukisan, catan, cetakan, seni fotografi dan sebagainya 

i. Ruang dalam iaitu ruang yang memperlihatkan kesan perspektif hasil daripada penggunaan           elemen asas seni reka seperti dalam catan landskap.

 ii. Ruang cetek iaitu ruang dalam kawasan terbatas seperti dalam sesebuah bilik.


iii. Ruang rata iaitu karya seni visual yang memperlihatkan olahan pada satah atau permukaan           yang sama


3 comments:

  1. Sungguh membantu... Isi padat dan bernas... 👍👍👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete